Sabtu, 13 November 2010

bila sayang... jgn cari yang lain

Pada suatu hari di sekolah, seorg murid bertanya pd guru. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mngenai kasih syg.

Plajar:"cikgu, mcm mana kita nk plih sseorg yg trbaik sbgai org yg pling kita syg? Mcm mana jg kasih syg itu nk brkekaln?"

CIKGU: "ok kamu ikut ape yg sy suruh. Kmu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil mmandang rumput ddpn kamu. Pilih yg PALING cantik tanpa menoleh ke blkng lg wlau skali. Dan petik rumput yg PALING cantik, bawa ke kelas"

Apabila pelajar trsbut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun dtangannye. Cikgu brtnya, kenapa tiada rumput yg dplih?

PELAJAR:"Td masa saya brjln,saya carilah rumput yg paling cantik.Mmg ade byk yg cantik tp cikgu kata petik yg pling cantik, maka saya pun terus brjln ke depan sambil mencari yg paling cantik tanpa menoleh ke blkng lg. Tp smpai dipnghujung pdg, saya xjumpa pun yg paling cantik. Mgkn ade diantara yg dblkng saya tadi rumput yg paling cantik tp dah cikgu ckp xblh menoleh ke blkg smula, jd tiadalah rumput yg saya boleh petik."

CIKGU:"Ya, itulah jawapannye. Mknanye apabila kte telah berjumpa dgn sseorg yg kita syg, jgnlah kita mencri lg yg lebih baik dari itu. Kita patut hargai 0rg yg berada ddpn kita sebaik2nye. Jgn kita men0leh ke blkng lg kerana yg brlaku tetap dah brlaku. Sem0ga yg berlalu tidak berulang lg. Dan ingtlah 0rg yg paling kita syg itulah yg paling cantik dan paling baik. Maupun nk ikutkan byk lg yg cantik dan baik seperti rumput tadi.

apa gaya lau aku dapat suami macam ni

Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…



Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.



Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…



Eiiiii…geramnya aku!!!



Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..



”Lah..awat tak tanya…”



Eiii..geramnya aku!!!



Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..



Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..



“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”



Eiiii..geramnya aku!!!!



Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..



Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..



Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…



Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..



“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”



Eiii…geramnya aku!!!



Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,



“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…



Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…



Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!



Eiii…geramnya aku!!!



Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..



Suratnya berbunyi begini:



Kehadapan isteriku (cewahhh..),



Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi

Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…



Ishkk..awak ni..tak berasan ker??



Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…



Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…



Ishkk..awak ni..tak berasan ker??



Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??



Ishkk..awak ni..tak berasan ker??



Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…



“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “



Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)



Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…



P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi



Love,

Suamimu

bila kita sayang.....


Bila kita syg org tu Kita terima je apa yg org tu kata Tp bila dia kata kita? Ati kata takpe semua manusia tak sempurna. Bila kita syg org tu Kita tunggu dia lama pun x per Tp bile dia tunggu kita? Dia marah2 Ati kata ala..adatlah ada yang menunggu dan ditunggu. Bila kita syg org tu Kita x tido pun x pe janji layan dia yg tgh bosan, Tp bila kita bosan Ada dia layan kita? Ati kata x pe dia busy kot. Bila kita syg org tu Kita gaduh ngan dia, kita diam je Tp dia heboh 1 dunia Ati kate x pe, dia tension tu. Bila kita syg org tu Kita call nak cakap dgn dia Tp dia gayut dgn org lain.. Bila jd camtu, Ati kata x pe, dia ada hal nak cakap dgn kwn dia. Bila kita syg org tu Kita bercerita dgn dia, cerita ngan tunggul lg baik Tp biler dia bercerita ngan kita. Kita dgr, sepatah2 kita ingat Ati kata x pe syg katakan. Bila kita syg org tu Kita n dia lapar Tp kita bg semua roti kita kat dia Ati kata, ala jagalah hati dia, sian dia. Bila kita syg org tu Kita sanggup bg dia rest bila dia letih, Tp bila kita letih, dia nak jugak kita layan dia bila dia bsn.. Adil ke? Ati kata, ala bukan selalu pun. Bila kita syg org tu Kita jadi macam org gila dgr dia sakit, Tp bila kita sakit, Dia siap bole kuar ngan kwn2 dia Ati kata, ala x pe, x kn dia nak berkepit ngan kita 24 jam. Bila kita syg org tu Kita x penah pentingkan diri sendiri Tp dia hpokrit tahap cipan gaban Ati kata x per, dia mmg camtu kena lah terima. Bila kita syg org tu Nmpk lalat kat makanan dia, kita halaukan Tp dia lak kalau Nampak lalat kat makanan kita, dia biarkan je Ati kata, takpelah, takkan dia asik nk buat semua benda utk kita. Bila kita syg org tu Kita x sanggup tgk dia derita Tp dia x prnh hargai diri kita, Ati kata, tau x betapa kita syg kan dia?

Jumaat, 12 November 2010

SAYANG ... khas tok orang yang aku sayangi.... adakah dia buat benda yang sama pada aku?

1] Orang yang meyayangi kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia meyayangi kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya

hanya ada kamu satu-satunya.





2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap

menjadi impiannya.





3] Orang yang meyayangi kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu

merasa berat badan kamu sudah bertambah.





4] Orang yang meyayangi kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.





5] Orang yang meyayangi kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain

lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan meyayangi, menyatakan dalam cara yang

berbeza,bukan “aku SAYANG padamu”, tapi berselindung ayat selain kata SAYANG itu.





6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon

untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.





7] Orang yang meyayangi kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu

sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat

bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.





8] Orang yang meyayangi kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa

pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau

tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang meyayangi kamu.





9] Orang yang meyayangi kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia

ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.





10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon

untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.





11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan

mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.





12] Orang yang meyayangi kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi

baginya barang itu sangat istimewa.





13] Orang yang meyayangi kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.

Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.





14] Orang yang meyayangi kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.





15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran

yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh

di mata, jauh di hati?’





16] Orang yang meyayangi kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.





17] Orang yang meyayangi kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau

mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.





18] Orang yang meyayangi kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika

kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.





19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.

bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar

mana permintaan mu.





20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS

dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas

dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.





21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari

kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.





22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak

pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.





23] Orang yang begitu meyayangi, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin

mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,

kerana dia benar-benar mengerti apa itu SAYANG.

Aku, Lim dan Islam

uplord dari nota facebook Zainiq Zulnuraini
Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.



Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.



Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.



Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.



Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.



" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!



Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.



Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..



Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.



Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.



'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.



Talha, kau kawan baik aku kan ? betul tak? .Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?



Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?



Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.



Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia , negara Islam ni?



Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?



Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?



Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.



Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.



Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.



Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.



Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.



Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah!



Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?



Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.



P/s : Itulah tugas kita yang sebenar. Apa tugas kita? Buat dakwah ikut cara Nabi S.A.W. kerana kamu adalah umat terbaik yang pernah dilahirkan. Kamu menyeru manusia membuat kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran. Semoga apa yang kita baca dapat kita ambil iktibar, amal dan sampaikan. Insya-Allah

ayang n abang

memula skali ayang anto kat abang



Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?



Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu..cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?



Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah



Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..



Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance...ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..



Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.



Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak



Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??



Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..



ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR



Love,

ayang



ni abang lak bagi....



Dear Ayang,

Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..



Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..



Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..



Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak.. sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..



Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..



Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..



Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa...hahahhahahahahha

memang sofi seorang yang kuat cemburu

uplord dari facebook seorg hamba allah


Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, samada lelaki atau wanita, sifat cemburu ini ada pada setiap manusia. Cuma kamu perlu bijak dalam mengawal perasaan cemburu. Jadi fikir-fikirkanlah yang mana baik dan yang mana buruk.



Tanda-tanda Cemburu

1. Dia menelefon beberapa kali sehari dan marah apabila kamu tiada.

2. Dia menelefon kamu semasa kamu sedang sibuk dan tetap mendesak mahu bercakap dengan kamu.

3. Dia menuduh sesuka hati bahawa kamu telah keluar dengan lelaki/wanita lain.

4. Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan kamu.

5. Dia mengugut membunuh diri jika kamu meninggalkannya.

6. Dia hanya mahu kamu sentiasa bersamanya dan marah walaupun kamu keluar dengan kawan-kawan lelaki/wanita yang lain.

7. Dia tidak suka pergi ke majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kamu.

8. Dia menyoal seperti seorang polis ke mana kita pergi dan dengan siapa.

9. Dia bermasam muka jika kamu kerja lebih masa.

10. Dia tidak peduli dengan penjelasan kamu.



Tip Mengawal Keadaan Pasangan Yang Cemburu

1. Jika pasangan kamu mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kamu tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.

2. Terima hakikat bahawa dia tidak berniat untuk melukai hati kamu. Mungkin ini sifat semulajadinya dan jangan ambil hati.

3. Cuba sedaya upaya kamu untuk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu. Minta nasihatnya dan salurkan rasa cinta kamu.

4. Jangan berfoya-foya dengan wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yang dia perlukan adalah sokongan yang berterusan.

5. Berbincang dengan pasangan tentang perasaan cemburunya.



Atasi Sifat Cemburu

1. Hormati perasaan pasangan kamu. Dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain.

2. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kamu boleh berubah dalam masa yang singkat.

3. Tuliskan apa perasaan kamu apabila kamu merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Adakah kamu ingin meneruskan hidup kamu dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka berubahlah segera.

4. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kamu meledak. Adakah adil kamu menyisihkan si dia daripada orang lain? Bukannya sesuatu yang teruk andainya dia senyum dengan orang lain.

5. Bina keyakinan diri. Kita mungkin rasa tidak selamat jika bergantung kepada si dia. Luaskan persahabatan dengan orang lain.



Kesan Positif Cemburu

1. Mengelakkan si dia curang kepada kamu 2. Sentiasa menghormati kamu dan tidak pandang pada orang lain apabila bersama kamu. 3. Sentiasa menjaga hati kamu 4. Segala pergerakannya di bawah kawalan kamu



Kesan Negatif Cemburu

1. Si dia akan cepat bosan bersama kamu 2. Percintaan kamu hambar kerana kamu langsung tidak ada kawan lain 3. Selalu berlaku pertengkaran kerana sifat curiga yang terlampau 4. Pergerakan sentiasa diawasi seperti orang bersalah.

kisah lucu 18 sx!!!

Kini, Pelajar Paling Cerdik di Malaysia telah ditemui!



Kisah ini berlaku di salah sebuah sekolah di Malaysia..Kini pelajar paling cerdik telah ditemui sebagai pengganti pelajar cerdik Amalina kita!Tahniah..teruskan bacaan anda utk menemui jawapannya:





Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :



"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"



Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".



Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.



Pengetua: Apa 3 x 3?

Abu: 9

Pengetua: Apa 6 x 6?

Abu: 36



Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.



Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?



Abu: (berfikir) Kaki



Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?



Abu: Saku



Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?



Abu: Kelapa



Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?



Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.



Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)



Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?



Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.



Abu: Bersalaman



Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?



Abu: Baik Cikgu



Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.



Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.



Abu: Khemah



Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.



Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.



Abu: Cincin perkahwinan



Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.



Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.



Abu: Hidung



Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.



Abu: Anak panah



Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?



Abu: Okay



Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot ofheat and excitement?



Abu: Firetruck



Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont getit you have to use your hand.



Abu: Fork



Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?



Abu: Surname



Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?



Abu: Heart



Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah"



...........................................................................



P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe

sony aku rosak..... sob22222



sayu hati aku hari ni... hs aku ni dah ingin berhentikan perkhidmatannya pada aku...
habis betry... cas xmasuk2... ahh...
mungkin dia merajuk dgn aku sebb dah lama aku x gunakannya... aku memang jarang guna hs sony dah... kadang2 je aku tguk n belai2 dia itu pun sesaat dua... dah 2 terbiar dia... lau cas pun leh dikira seminggu sekali je... heheheh hebat kan... sebb memang aku x menggunakan nya...
no maxis aku bukan sape2 hubungi pun...

so kepada kawan2 yg membaca blog ini (macam ada org baca je) tolong jgn hubungi aku di no maxis... comfm x dapat... tunggulah aku p betulkan... lau x pun,,, emmmm.... entah no komen....

sayang menggila aku pada hs ni sebb tsayang yg bagi... wehehehhehe

Khamis, 11 November 2010

mimpi yang mengerikan, tapi x mengeri pun


malam tadi aku mimpi siut la wey...
mula2 aku mimpi indah gila wey....
dah 2 aku mimpi aku xsednt...
leh kata agak teruk, tampa luka tapi aku koma... tapi aku leh lihat diri aku masa 2.
yang jaga aku bukan famly aku masa 2 tapi sahabat aku... (tq dy memang sentiasa ada disisi aku selalu)
leh kata lama la gaknya aku koma 2...
bila aku sedar aku lumpuh... sedih gila sebb aku dah x dapat main silat lagi... berjalan n berlari...
bila aku bagun dari tido...(ni benar2 bukan mimpi lagi dah)
adui... napa aku x leh agkat kaki aku ni...
aku turunkan kedua2 kaki aku dgn tangan.. is apasal aku x rasa apa2 ni
aku ni mimpi lagi ke dah bagun...
allahhuakbar...
jgn main2 la wey... bila aku exsdnt.. xkan exsdnt dalam mimpi kaki aku betul2 lumpuh kot...
aku baring n baca doa syifa banyak2..
em kini kami aku seperti normal...

"yaallah jgn ko tarik nikmat yang ko berikan kepada ku....."

mandi wajib

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.



Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.



Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.



Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.



Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.



“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .



Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”



Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.



Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.



Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.



Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.



Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.



Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.



Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.



Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.



Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.



Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .



Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.



Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.



Panduan Tambahan :

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.



2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.



3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).



4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.



5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.



6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.



Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……





1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.



Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.





“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

sayu hati



cerita bermula bila aku keluar nak p beli beg besar(beg yang org2 thailand bawa tok jual2 2)
aku ternampak mini cooper... per shok gila la beb....
sama sebijik macam ni... aku siap ambik gambar mini cooper 2 tapi aku x dapat nak uplord... tah kenapa xboleh bluetooth dr hs ke letop.... minggu ni aku pakai ACER baru... NEC aku simpan kat umah belom betulkan lagi... biarlah NEC rehat.... aku rindu pada NEC...
balik pada cerita asal.....n dalam hati : best gila lau aku dapat kereta sebiji... ada hati konon.... hahhaha
aku teman member aku p beli kemera.. dia beli kemera sony harga rm599
peh,,, kenapa semua orang mak dia belikan?...
jelos lak aku... mak ayah aku xdelah pula macam ni... xde pun nak belikan aku apa2...
xpernah belikan aku hs... latop... kemera... mp3... mp4... hendycem... or apa2 gadged pun....

berapa harga latop ko?... >>entah ayah aku belikan...
ea ko beli nikon berapa harga... >>entah wey mak aku belikan...
em... awak mak belikan hs... >>owh... bestnya....
ko beli hendicem ni berape ha... best lau dapat sebiji ni... >>> entah la wey ayah aku belikan...

kenapa aku x penah nak rasa setuasi macam ni?...
apa yg aku nak aku kene dapatkan sendiri,...
aku kene kumpul duit sendiri... bermimpi2 baru dapat
lau xde pt mesti aku x dapat nikon
lau aku x dapat stpm 3.** mesti aku x dapat NEC
sedih la wey
aku nak gak

aku jelos la wey.............................

Rabu, 10 November 2010

aku terlalu sayang pada lincah


jujur... lau leh aku xnak ambik tahu... tapi aku terlalu cintakan silat...aku xnak lagi jadi sampah dalam silat.. xnak jadi buangan...aku nak silat 2 kekal dalam diri yang bernama melayu... jujur aku katakan tologlah wahai org2 kuat lincah johor usahakan segala2nya... BETUL KE LINCAH JOHOR XDE PERMIT DAN PENDAFTARAN BAWAH MAJIS SUKAN MALAYSIA... ya allah berderau jantung aku tadi bila mahaguru call bukan je mahaguru tapi siap cakap dgn isteri/datin no2 lagi...
bila difikirkan balik kata mahaguru tadi... johor dah lama sagat de wat penamat..
setakat langkah yang gah tapi xde apa2... yang dalam2 xde... wat malu je...
aku x suka orang kata lincah johor lemau... aku x suka orang cakap lincah johor xde disiplin... orang yang cakap macam 2 wat aku rasa terhina... aku XSUKAAAAA......

aku rasa nak menagis hari ni bila dapat khabar macam ni...

aku tahu ada org cakap aku gila... mungkin ada org cakap aku penipu...
aku xkan menipu bab2 ni... orang boleh ketawa... orang leh gelak pada aku tapi aku buat apa yang aku dapat....
bila orang gelak n fikir bertapa banyak kita duit nak suh mahaguru turun... dia nak turun sebenarnya mahaguru xnak semua tu dia nak jumpa lincah johor...
dia pesan pada aku... saya xnak apa2 jgn risau saya ada 5org driver, saya ada duit duduk hotel, saya ada duit nak makan... nanti saya bagi johor duit tok buat organisasi... tak perlu risau...

yang penting saya nak turun...

Selasa, 9 November 2010

Jambori Pengakap Interasional 2008


aku dan maya


pegakap pontian johor bersama tuan abah



teringat aku ketika ini... banyak pengalaman yg aku dapat dalam hidup berpengakap setelah aku tinggalkan hampir bertahun2... last aku berpengakap darjah 6.. n last aku berkemping masa darjah 6 semasa PERHIMPUNAN PENGAKAP KANAK2 JOHOR di KUKUP..
kini aku kembali berunifom...
walaupun ketika ini aku sepatutnya menjadi kelana sebb umur aku dah lebih 18 tahun... degan diam2 aku menjadi peserta pegakap remaja... aku buat semua aktiviti untuk mendapatkan lecana... memang shok gila...
9hari tanpa tido....dan mandi... gila kentang teringat aku kisah jambori ni sebb bilik air punya banyak tapi xde air... uhhh,...memang sah2 x mandi... masa baru sampai ketawakn budak2 bawak beldi, rupanya bila dah masuk kem.... padan muka kene pada diri sendiri...
air memang terhad... so kami gunakan tok bersugi, beristinjak n yg penting untuk ambil air solat...
walau apa pun yang berlaku... solat tidak kami tinggalkan walaupun x cukup tido...
masa ni hidup berkumpulan... aku grob 5.. yg aku ingat kawan2 aku... fifah, andik yusri, hisham... n yang lain2... yg shok kami jadi ahli QM dapur.. gila kentang satu hari penat memasak dan macam2 kami masak sampai kemalam... dibandingkan dhn QM dapur pada hari2 lain... kami yg paling terbaik... almaklumlah dari subuh hingga ke jam 1 pagi di dapur... masak, n lain2 sebb ari 2 ada pesuruhjaya datang, kamilah paling bzy... n dapat kupun belanja makan sorg berapa ringgit tah aku pun x ingat hadiah dari pesuruhjaya pontian sebb ketekunan kami

inilah fst time aku hafal kod beta... susah gila.. setiap 1 abjad, 1 huruf..
n fst time aku main kayak... best gila2....

so lau ada peluang lagi... aku nak sagat2 joing pengakap lagi... hope ada kesampatan

Isnin, 8 November 2010

ujian kenaikn lincah










siku ku luka, lutut kanan ku bengkak... apa2 pun aku happy bila joing lincah...
x sia2 berlatih dgn ina... semuanya dalam keadaan ok..
x sangka aku kene berpakna dgn dia...
semua dlm keadaan selamat dan baik...
hahha lawak2
lincah keluar,
keluar baris...
apa?... haaaa... apa?... haaa... lincah haaa...
hahhahah... inilah atara koman yang ina tersalah bagi... huuhuu... ina2....
enjoy sagat2
tq 2 ina, ceq nan, c.rahim. c.azli n semua yg terlibat

Bengkel Gerakan Wajadiri Negeri Johor








Samapi sahaja di johor,perjuangan sebagai anak lincah harus diteruskan...
hahhaha.... dalam progrem ini aku seram sejuk rasa bila, ceq nan suh aku, ina n aza sorg lagi c.azli...
tibe2 lala nak follow.. aku syp jelah...
kami antara peserta yg lambat sebb ............(lu fikir la sendiri)
masa 2 ceq nan dah marah2 sebb kita ubh progrem dia...
em... serbe salah pula pada ceq nan...
tapi yang penting enjoy...
inilah fst time aku pakai logo lincah walaupun aku dah joing lincah sejak tahun 2005..
masa ni aku pakai baju cikgu anan oma. agak besar baju dia... hahhah tapi layan je...

rindu sangat2

basten pontian, mekey, trining, tom yam + nasi goreng kampung, kura2 main sembunyi2, hotel pontian, tambak, nasi lemak CD + pepsi + melo ice, sulam logo pendekar selatan,kain kuning, sate, radik + nasi goreng kampung +tea tarik xde buih , tomyam + nasi putih+telor bungkus.jait tangan kain kuning pada baju lincah

terlalu banyak yang bersarang dalam otak aku ni... yg penting aku terlalu rindukan dia...
awak i miss u....
rindu pada kainlah

Selasa, 2 November 2010

sakitnya badan aku

aduh... kenapa dgn diri aku tika ini...
tolonglah hapuskan perasaan yang berkocak dalam jiwa aku...
huhuhuh...
happykan diri ok?...

minggu ni bzy dgn latihan silat untuk ujian yg akan berlansung pada 5hb/11 ni
harapkan semua berjalan dgn lancar dan dgn jayanya,., ikhlaskan hati untuk permudahkan segala urusan...